Maxis hari ini secara rasminya telah memperkenalkan pelan pascabayar baru mereka, dipanggil sebagai OnePlan, sekaligus membolehkan para pengguna lebih mudah memilih pelan pascabayar daripada dua tawaran, berbanding dengan belasan tawaran pakej berbeza pada hari ini.
Maxis dilihat memfokuskan kepada beberapa tawaran “tanpa had” melalui pelan baru ini, dimana ia hadir dengan panggilan dan SMS tanpa had, dan akses internet berterusan – walaupun telah melangkaui penggunaan kuota.
Walaupun ia dilabelkan sebagai “limitless”, namun seperti semua sedia maklum, setiap tawaran ada had maksimanya. Perkara sama juga untuk penawaran daripada Maxis ini, dimana panggilan dihadkan kepada 3000 minit (setiap bulan), sementara SMS pula dihadkan kepada 3000 SMS (setiap bulan). Menurut Maxis, ia sukar untuk seseorang pengguna mencapai had penggunaan masa panggilan dan SMS untuknya, dan ia merupakan salah satu tawaran yang menarik bagi pengguna.