Friday, May 30, 2014

Maxis Memperkenalkan Pelan Pascabayar Baru – Panggilan Dan SMS Tanpa Had, Internet Dengan Akses Berterusan



Maxis hari ini secara rasminya telah memperkenalkan pelan pascabayar baru mereka, dipanggil sebagai OnePlan, sekaligus membolehkan para pengguna lebih mudah memilih pelan pascabayar daripada dua tawaran, berbanding dengan belasan tawaran pakej berbeza pada hari ini.
Maxis dilihat memfokuskan kepada beberapa tawaran “tanpa had” melalui pelan baru ini, dimana ia hadir dengan panggilan dan SMS tanpa had, dan akses internet berterusan – walaupun telah melangkaui penggunaan kuota.
Walaupun ia dilabelkan sebagai “limitless”, namun seperti semua sedia maklum, setiap tawaran ada had maksimanya. Perkara sama juga untuk penawaran daripada Maxis ini, dimana panggilan dihadkan kepada 3000 minit (setiap bulan), sementara SMS pula dihadkan kepada 3000 SMS (setiap bulan). Menurut Maxis, ia sukar untuk seseorang pengguna mencapai had penggunaan masa panggilan dan SMS untuknya, dan ia merupakan salah satu tawaran yang menarik bagi pengguna.

Thursday, May 29, 2014

Raja Nazrin Ditabalkan Sultan Perak Yang Ke-35



Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat.

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada Rabu.